🎯 SEBARAN : JUALAN BARANGAN EXCO EKONOMI PMAPIUM 🎯
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kepada anda semua yang dikasihi sekalian... Dengan rasa penuh hormat dan rendah diri, kami mengharapkan agar jualan ini mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua pihak agar setiap objektif yang digariskan tercapai dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang meluangkan secebis pengorbanan bagi merealisasikan jualan yang dirancang ini demi memacu ekonomi Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Sesi 2020/2021. Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di bawah lembayung rahmat Ilahi. Insha-Allah.
Disamping itu, Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMAPIUM telah menubuhkan platform jualan Ig serta kumpulan Facebook e-Bazar APIUM yang bertujuan untuk :
1️⃣ Menyediakan platform bagi mengumpulkan mahasiswa/i APIUM yang menjalankan sebarang bisnes jualan sampingan.
2️⃣ Memberi peluang kepada mahasiswa/i APIUM mempromosikan barang jualan mereka melalui kumpulan Facebook e-Bazar APIUM yang telah ditubuhkan.
3️⃣ Meningkatkan jumlah pembeli berpotensi dalam kalangan mahasiswa/i APIUM.
Dengan ini, kami berbesar hati menjemput tuan/puan serta saudara/saudari sekalian untuk mengikuti kumpulan Facebook rasmi E-Bazar APIUM kelolaaan Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMAPIUM bagi meluaskankan lagi jaringan perniagaan dalam kalangan mahasiswa APIUM sendiri khususnya🎉.
❇️ Sila klik pautan dibawah untuk mengikuti kumpulan facebook kami :
https://www.facebook.com/groups/360611045253628/?ref=share
Nota : Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Sekian. Terima kasih.
Siiru 'ala barakatillah✨
#EkonomiProgresifPerkasaApium
#PemacuMahasiswaOptimis
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2021